Thursday, 24 November 2011

anak anugerah tuhan

Anak adalah anugerah dan amanah Allah SWT bagi  setiap pasangan yang berkahwin.  Anak juga merupakan lambang kasih sayang daripada 2 hati yang telah mendirikan rumahtangga.
Dalam masa 9 bulan semua wanita akan mengandung / hamil dan mereka bertarung nyawa untuk menunjukkan dunia kepada bayi masing-masing, sudah tentulah setiap Mama didunia ini ingin memberi yang terbaik dari semua aspek kepada bayinya.  Begitu juga dengan kaun lelaki yang bergelar Papa, amat mengharapkan supaya zuriatinya dilahirkan dengan sempurna, sihat dan comel.
Disini saya akan memaparkan serba sedikit tips kepada Mama dam Papa diluar sana bagaimanakah untuk memberi yang terbaik kepada simanja comel masing-masing terutama dari segi perkembangan otak dan kesihatannya.
Kesihatan anak-anak adalah sangat penting kerana ia berhujung kait dengan nyawa dan kesempurnaan hidup seseorang bayi itu.  Tersilap atau lalai sahaja, bahaya yang diundang dan menyesal kemudian tiada gunanya.
Setiap Mama dan Papa mengharapkan supaya anak-anak sentiasa sihat dan ceria.  Tetapi malangnya dizaman yang canggih ini, penyakit pun mula bertukar dan menjadi canggih juga. Bermacam-macam penyakit yang kita dengar sekarang dan kebanyakannya adalah kronik dan menakutkan.
Jadi, marilah kita bersama-sama memberi yang terbaik  kepada anak-anak kesayangan kita semua.  Amalkanlah vitamin atau  makanan yang dapat menjaga kesihatan mereka supaya risiko jangkitan penyakit dapat dikurangkan dan jangan terlalu kerap mengambil ubat-ubatan dimana kesan sampingannya akan  memudaratkan mereka dihari atau masa akan datang.
Permainan untuk kanak-kanak juga memainkankan peranan yang tidak kurang pentingnya untuk perkembangan otak dan tumbesaran mereka.  Dengan adanya permainan yang berwarna-warni, berbunyi-bunyian, bermelodi, pergerakan dalam berbagai-bagai cara dan juga teknik bermain, dimana ia akan memberi kesan positif kepada perkembangan didalam otak dan kesihatan mereka.  Mereka akan sentiasa aktif dan ceria serta memberi kepuasan kepada Mama dan Papa apabila melihat anak-anak kesayangan ini membesar dengan riang dan ceria….

No comments:

Post a Comment