Bersyukur ke hadrat allah s.w.t. kerana memanjangkan umurku untuk menulis dalam blog pertamaku ini. Ku harap ilmu yang ku kongsikan bersama dalam blog ini dapat kita manfaatkannya untuk kehidupan seharian kita.
Sebagai manusia kita bersyukur masih diberi peluang untuk bernafas dimuka bumi ini. Cuba kita luangkan sejenak untuk merenung bagaimana terjadinya kejadian manusia. Dari alam kandungan hingga ke alam akhirat.
Apabila seorang perempuan dan lelaki berkahwin sudah tentu mereka inginkan zuriat bagi menyambung warisan. Kita berada dalam perut ibu kita selama 9bulan 10hari. Apabila tercantumnya benih lelaki dan perempuan akan terbentuklah janin dalam kandungan ibunya. Ibu kita mengandungkan kita dan apabila tiba saat kita dilahirkan betapa ibu kita menahan kesakitan yang teramat sangat. Hanya satu dalam hati seorang ibu biarlah anaknya selamat lahir ke dunia.
Dari tapak kaki yang merah kita ditatang bagai minyak yang penuh. Betapa mulianya hati ibu. Sanggup bersengkang mata menjaga kita. Kencing berak menangis kita semuanya sudah lali bagi ibu. Apa yang penting anak yang disayang menjadi orang berguna dimasa depan.
No comments:
Post a Comment